Blogger Backgrounds


Resepi

Utama

Tuesday 23 August 2011

Raya dan Balik Kampung

Puasa di tahun 2011...

Rasa seakan jam dok pusing cepat sangat...tup tup...kurang seminggu lagi nak raya. Haish...bila sebut tang raya ni..aku mula le bukak balik peti ingatan aku time2 raya yang sudah. Banyak sangat dugaan kalo bab raya ni dalam kamus manual hidup aku ni...Al-kisahnya bermula bab...

a) Baju raya 

Awal kawen...baju raya aku mak mertua yang belikan...hehe...mak mertua sayang menantu le katakan. Tapi dak aih...tok sah dok perasan...mak akan belikan baju untuk sumer menantu dia. Alhamdulillah...rezeki....

Bila ada anak satu...masih mak mertua belikn baju raya...time ni hidup aku susah sangat...kena berenti keje...nak belikan baju untuk anak pun terpakso aku pinjam sen ngan abang-abang aku. Encik suami pun tak mampu masa ni...tapi Alhamdulillah...masih ada baju raya.

Bila anak dah dua...mak mertua masih belikan baju tapi aku pun ada gak beli sendiri. Masa ni hidup masih susah tapi masih boleh makan pakai lagi le. Anak-anak pun aku ngan Encik Suami yang kongsi belikan. Alhamdulillah...berkongsi itu dapat mengurangkan beban.

Bila anak dah tiga...aku pun dah keje balik...sumer aku belikan...mak mertua, abah, mama, suami, anak...termasuk le diri sendiri sampai ada le baju yang tak sempat nak habis pakai masa raya tu. Alhamdulillah...rezeki bertambah...

2011...sumer En. Suami yang support sebab dia dah naik pangkat...hehe...Alhamdulillah....sayang Ayang....

b) Duit raya

Dari kawen sampai la ni pasal duit raya aku xde masalah...masih belum miss bagi duit raya kat anak-anak sedara ku yang comel dan hensem tu...Alhamdulillah...

c) Pengangkutan nak balik raya

Haa...ni satu dugaan paling besar dalam hidup aku ngan En .Suami sebab...tiap tahun...time ni le...road tax keta mati...kena bayar saman...tayar keta pancit...brake rosak...timing belt rosak...radio keta kena curi...keta kena kopak...hadduiii...time raya le macam2 benda jadi kat keta tu...nape le dia nk jadi time nak raya...jadi le lepas raya ke...deepavali ke...chinese new year ke...kalo jadi benda2 ni..aku ngan En. Suami memang tensen tahap tenuk...mana nk cari duit nak settle benda2 yang jadi tu....nak cari duit minyak lagi...tol lagi...tapi tu le tu....walau macamana pun dugaan tu yang kitaorang terpaksa hadapi...Allah sentiasa tunjukkan jalan...sentiasa memberikan rezeki yang tak disangka...sesungguhnya Dia tak pernah menzalimi hambaNya....Alhamdulillah....walau seberat manapun dugaan pasal keta ni...aku ngan family still boleh balik kampung

d) Balik kampung

Bab ni memang mencabar kesabaran, kekuatan mental, ketabahan hati nurani...chewah...sebabnya...dalam 10 tahun aku kawen ngan En. Suami ni...hanya 3 atau 4 kali ke aku dapat balik raya kat kampung aku sendiri....tu pun raya ke tiga baru balik sana...Pagi raya tu kalo nak citer syahdu...sedih...sadis...memang banjir le Parit Jawa tu...(nama kampung laki aku)...tapi Alhamdulillah...aku masih kuat menahan hati dan perasaan walaupun tak dapat balik jumpa abah ngan ma aku...Aku tak pernah salahkan En. Suami bila aku tak dapat balik kampung aku sebab .... aku faham kedudukan ekonomi dia....kalo dia ada lebih...dia yang akan ajak aku balik sana. Sebab tu aku tak ralat sangat walaupun tak dapat raya ngan parent aku...(ciri2 isteri mithali..hehe). Tp sedih tu sedih gak le terutama bila dengar takbir raya...syahdu siok....Apapun....Alhamdulillah...masih dapat balik beraya di kampung walaupun kampung suami....sama le tu...kampung dia kampung aku gak...

2011....masih tak dapat balik beraya di kampung aku disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan...tak mengapalah...asalkan baju raya anak2 ada...kuih raya pun banyak (pssttt...aku buat sendiri biskut raya tahun ni tau...)....keta nak balik raya pun ada walaupun pinjam keta company (tayar keta sndri pancit...dh kena tukar skali ngan tayar...maunya 4rat 1 biji...roadtax dah kiok...x sempat nk renew sebab duit projek En.Suami lum kuar...lepas raya baru kuar) dan paling penting...dapat beraya ngan mertua (mertua sama le ngan mak bapak sendiri). ALHAMDULILLAH...

Adios




Wednesday 10 August 2011

Nesvita Omega PLus Acticol

Assalamualaikum,

First entry ni aku nak citer susu...bukan susu Nespray, Dugro, Anmum atau sewaktu dengannya tapi pasal susu Nesvita Omega Plus Acticol. Sebab apa aku nak citer pasal susu ni? Sebab aku dah try susu ni hampir 2 minggu. Sebelum ni, asyik dok tengok je iklan pasal susu ni...katanya...boleh kurangkan kolesterol...(hehe...niat dihati kunun nak kurus le ni). Nak kata aku ni demuk sangat xde le tapi bak kata pakar kesihatan...seiring dengan usia yang meningkat...better jaga kesihatan tubuh badan. Kalau dah encik penyakit singgah...susah plak nak merawatnya.

Okaylah...dari dok menceceh benda lain baik fokus pada susu yang aku nak citer ni. Haa...ni gambar susu tu.


Susu berkalsium tinggi Nesvita Omega Plus dengan penambahan sterol tumbuhan, ACTICOL, membantu merendahkan kolestrol dengan mengurangkan penyerapan kolestrol ke dalam saluran darah.
Apa itu sterol? Sterol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah.

Banyak ke khasiat Nesvita Omega Plus Acticol ni?

Nesvita Omega Plus Acticol ni dihasilkan melalui serat tumbuhan yang boleh didapati secara semulajadi di dalam buah-buahan, sayur-sayuran, legum, kacang dan bijian. Semua bahan ini menghalang penyerapan kolesterol dari usus kecik ke dalam aliran darah. Kajian membuktikan, dua gelas susu ini membekalkan 1.2 gram sterol tumbuhan dan boleh mengurangkan kolestrol LDL sebanyak 7% dalam 30 hari.

Nesvita Omega Plus Acticol mengandungi Omega 3 dan Omega 6, iaitu sejenis asid lemak yang kita perlukan, tetapi tidak dihasilkan oleh badan dan harus diambil daripada makanan harian. Sumber baik Omega 3 dan 6 ialah minyak jagung dan minyak biji sesawi.

Susu ini boleh membantu mengekalkan tahap karotenoid kepada orang-orang yang mengamalkan diet buah-buahan dan sayur-sayuran. Apa itu karotenoid? Karotenoid itu ialah sejenis pigmen yang selalunya terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna dari warna kuning hingga merah (seperti lobak, tomato, betik). Karotenoid membantu membekalkan vitamin A, antioksidan, dan juga meningkatkan fungsi sistem imun badan kita. Malah membantu sistem pembiakan kita agar berfungsi dengan lebih baik!

Ianya tinggi dengan kalsium yang sememangnya kita tahu bagus untuk tulang. Ianya juga mengandungi 60% kurang lemak berbanding susu penuh krim. Yang diet tu boleh minum susu ni :)


Camana Cara Nak Minum?

Susu ni leh dicampur dengan instant oat / nestum / milo tau dan rasanya memang sedap …tak macam susu lain…(aku memang xleh minum lain...rasanya macam nak kuar balik je). Kalau susu lain aku mesti kena tambah gula dan kena minum panas-panas baru leh telan tapi.....susu ni tak yah campur gula…nak minum sejuk atau panas … rasanya tetap sama…seeedaaap.




Sejak aku amalkan minum susu ni, sistem penghadaman aku semakin pulih. Sebelum ni aku susah bab-bab nak membuang ni. Sekarang hari-hari aku membuang... hahah... Best wooo... lega sikit usus aku ni.... hahaha....Pesanan aku ....Jangan minum susu ni kalau time tu nak gi interview ke…ada meeting ke…nak jumpa mak  mertua ke sebab....tahap keberkesanannya amat serius…memang x sempat nak gi tandas nye…hehe 

AMARAN!!!!!

Ibu mengandung dan yang sedang menyusukan baby xleh minum susu ni tau (menurut amaran yg ada kt pek la).

Berapa Rega Susu Ni?

Susu tepung ini mudah didapati di pasaraya dengan harga RM 23.90 untuk pek 600 g. Yang satu lg pek besar aku lupa plak rega dia brapa rasanya  RM42.80 untuk 1.2kg.

Kalo Ada Soklan Nak Tanya Sapa Ek?

Kalo nak tau lebih lanjut pasal susu ni boleh le calling-calling Pusat Perkhidmatan Pengguna diaorang di talian bebas tol 1-800-88-3433 (Isnin hingga Jumaat, antara 9:00 a.m. dan 5:00 p.m.) atau leh check tengok kat   www.nestle.com.my atau ikutilah tip-tip harian diaorang untuk kesihatan jantung di www.facebook.com/nesvitaomegaplus.

Okey le...cukup le kat sini dulu aku citer pasal susu ni...yang penting aku dah sahut cabaran 30 hari rendah kolestrol bersama Susu Nesvita Omega Plus...hehe...moga jantung aku makin sihat dan kolestrol aku terkawal. (tengah menghasut Hubby supaya dia minum susu ni gak....).

Adios



Tuesday 9 August 2011

Mencuba

Assalamualaikum,

Buat pertama kalinya...dan akhirnya berjaya gak aku mencreate blog aku ni. Ntah apa rupanya...sibuk dok tengok orang lain nye blog...kepingin gak aku nak buat blog sendiri. Masih dalam proses pembelajaran. Banyak yg nak share tp kena cari guru dulu...dh khatam baru leh kaw-kaw. Macam-macam planning dalam otak ku yang genius ni...nak masukkan resepi...cerpen...pengalaman hidup yg dh setengah abad ni...macam-macam ada bak kata Astro...okey le...nantikan je le apa yang aku nak share nanti...Adios