Blogger Backgrounds


Resepi

Utama

Wednesday 10 August 2011

Nesvita Omega PLus Acticol

Assalamualaikum,

First entry ni aku nak citer susu...bukan susu Nespray, Dugro, Anmum atau sewaktu dengannya tapi pasal susu Nesvita Omega Plus Acticol. Sebab apa aku nak citer pasal susu ni? Sebab aku dah try susu ni hampir 2 minggu. Sebelum ni, asyik dok tengok je iklan pasal susu ni...katanya...boleh kurangkan kolesterol...(hehe...niat dihati kunun nak kurus le ni). Nak kata aku ni demuk sangat xde le tapi bak kata pakar kesihatan...seiring dengan usia yang meningkat...better jaga kesihatan tubuh badan. Kalau dah encik penyakit singgah...susah plak nak merawatnya.

Okaylah...dari dok menceceh benda lain baik fokus pada susu yang aku nak citer ni. Haa...ni gambar susu tu.


Susu berkalsium tinggi Nesvita Omega Plus dengan penambahan sterol tumbuhan, ACTICOL, membantu merendahkan kolestrol dengan mengurangkan penyerapan kolestrol ke dalam saluran darah.
Apa itu sterol? Sterol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah.

Banyak ke khasiat Nesvita Omega Plus Acticol ni?

Nesvita Omega Plus Acticol ni dihasilkan melalui serat tumbuhan yang boleh didapati secara semulajadi di dalam buah-buahan, sayur-sayuran, legum, kacang dan bijian. Semua bahan ini menghalang penyerapan kolesterol dari usus kecik ke dalam aliran darah. Kajian membuktikan, dua gelas susu ini membekalkan 1.2 gram sterol tumbuhan dan boleh mengurangkan kolestrol LDL sebanyak 7% dalam 30 hari.

Nesvita Omega Plus Acticol mengandungi Omega 3 dan Omega 6, iaitu sejenis asid lemak yang kita perlukan, tetapi tidak dihasilkan oleh badan dan harus diambil daripada makanan harian. Sumber baik Omega 3 dan 6 ialah minyak jagung dan minyak biji sesawi.

Susu ini boleh membantu mengekalkan tahap karotenoid kepada orang-orang yang mengamalkan diet buah-buahan dan sayur-sayuran. Apa itu karotenoid? Karotenoid itu ialah sejenis pigmen yang selalunya terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna dari warna kuning hingga merah (seperti lobak, tomato, betik). Karotenoid membantu membekalkan vitamin A, antioksidan, dan juga meningkatkan fungsi sistem imun badan kita. Malah membantu sistem pembiakan kita agar berfungsi dengan lebih baik!

Ianya tinggi dengan kalsium yang sememangnya kita tahu bagus untuk tulang. Ianya juga mengandungi 60% kurang lemak berbanding susu penuh krim. Yang diet tu boleh minum susu ni :)


Camana Cara Nak Minum?

Susu ni leh dicampur dengan instant oat / nestum / milo tau dan rasanya memang sedap …tak macam susu lain…(aku memang xleh minum lain...rasanya macam nak kuar balik je). Kalau susu lain aku mesti kena tambah gula dan kena minum panas-panas baru leh telan tapi.....susu ni tak yah campur gula…nak minum sejuk atau panas … rasanya tetap sama…seeedaaap.




Sejak aku amalkan minum susu ni, sistem penghadaman aku semakin pulih. Sebelum ni aku susah bab-bab nak membuang ni. Sekarang hari-hari aku membuang... hahah... Best wooo... lega sikit usus aku ni.... hahaha....Pesanan aku ....Jangan minum susu ni kalau time tu nak gi interview ke…ada meeting ke…nak jumpa mak  mertua ke sebab....tahap keberkesanannya amat serius…memang x sempat nak gi tandas nye…hehe 

AMARAN!!!!!

Ibu mengandung dan yang sedang menyusukan baby xleh minum susu ni tau (menurut amaran yg ada kt pek la).

Berapa Rega Susu Ni?

Susu tepung ini mudah didapati di pasaraya dengan harga RM 23.90 untuk pek 600 g. Yang satu lg pek besar aku lupa plak rega dia brapa rasanya  RM42.80 untuk 1.2kg.

Kalo Ada Soklan Nak Tanya Sapa Ek?

Kalo nak tau lebih lanjut pasal susu ni boleh le calling-calling Pusat Perkhidmatan Pengguna diaorang di talian bebas tol 1-800-88-3433 (Isnin hingga Jumaat, antara 9:00 a.m. dan 5:00 p.m.) atau leh check tengok kat   www.nestle.com.my atau ikutilah tip-tip harian diaorang untuk kesihatan jantung di www.facebook.com/nesvitaomegaplus.

Okey le...cukup le kat sini dulu aku citer pasal susu ni...yang penting aku dah sahut cabaran 30 hari rendah kolestrol bersama Susu Nesvita Omega Plus...hehe...moga jantung aku makin sihat dan kolestrol aku terkawal. (tengah menghasut Hubby supaya dia minum susu ni gak....).

Adios



5 comments:

  1. InsyaAllah hari ni nak gi beli lah.sebb kelmarin baru gi jmpa dktr.dapat amaran dri dktr , tntg kolestrol saya..

    ReplyDelete
  2. "Sejak aku amalkan minum susu ni, sistem penghadaman aku semakin pulih. Sebelum ni aku susah bab-bab nak membuang ni. Sekarang hari-hari aku membuang."

    maksudnya mmg hari2 akan membuang ke? agak2 ada x 2x sehari sbb before this saya minum seminggu.. so dlm seminggu tu saya membuang 2x sehari.. huhu

    ReplyDelete
  3. Knapa susu ni x bagi ibu yg sdg menyusu utk minum? Nti air susu ibu berkurangan ke ape?

    ReplyDelete
  4. kenapa sy rase terseksa(bilwr minum..x sedap)tp kesan dia sgt bgs

    ReplyDelete
  5. saya nok tanya susu ni boleh gemok tak

    ReplyDelete