Blogger Backgrounds


Resepi

Utama

Monday 31 October 2011

Bila Lelaki "Datang Bulan"

 

Bila lelaki "datang bulan?" ... mesti orang akan tanya balik..."ada ke?" ... hahaha...Apa? Ingat orang pompuan je yang datang bulan ke? Orang lelaki pun ada tau. Kalau dah datang dia punya bulan....mak aiii.....boleh tension orang sekeliling. Bikin darah membuak2 naik. Mengamuk je le kerjanya...lebih2 lagi kalo jenis yang panas baran. Buat itu tak kena...ini tak kena...semua benda le jadi tak kena. Kita yang kena amuk ni pun rasa macam nak mengamuk jugak sebab tensen sangat dengar dia mengamuk. Eee....rasa cam nak sepak jer.

 Paling sakit hati bila orang lelaki ni marah2 atas sebab yang kecik2...ala....sebab2 bodoh je...contoh le kan..... kita tersalah letak majalah dia...bila dia cari tak jumpa....mak aii....dia punya marah....dia punya membebel....macam kita buat salah besar plak. Kalah le nenek2 kat kampung. Terus nenek2 tu sumer surrender....angkat bendera putih sebab tugas membebel dah di take over oleh kaum lelaki ni. Eee....geram tau! Daripada jiwa tenang boleh jadi kacau. Dari kita tak marah boleh jadi marah. Boleh pulak kalau sorang panas baran....sorang jenis berangin.....mau boleh jadi gaduh. 


Tu cerita lelaki datang bulan yang jenis suka membebel. Ada plak lelaki bila datang bulan ni jenis yang diam....senyap je. Kita tanya sepatah dia jawab sepatah. Kadang tak jawab langsung. Rasa cam bercakap ngan tiang pun ada.Bila kita tanya ada masalah ke....dia tak jawab....diaaaam je....Lama2 boleh buat orang yang bertanya feed up. Lantak ko le...kang tanya lebih-lebih kita pulak yang kena marah balik.

Ada pulak lelaki bila time datang bulan ni jenis yang tak sayang nyawa. Kalo naik kereta ngan orang macam ni memang kena istighfar banyak2. Mana taknya...bawak kereta macam le kereta tu kereta Ferrari dok atas litar sepang....laju giler...pastu kalo ada driver2 lain tersalah hon ke...tersalah masuk lorong ke....pergh...dia punya maki hamun siap bagi isyarat mesra alam lagi. Kalo ko je tak sayang nyawa tak pe....tapi orang lain tak puas hidup lagi der.....amalan pun tak cukup lagi.


Haish....camane le kalo dua2 lelaki pompuan serentak datang bulan....maunya segala perang keluar...perang nuklear...perang teluk...perang dunia ke 4....Tapi bagi aku....dalam hal ni dua2 perlu ada toleransi. Kalo dah tengok sorang lagi tengah bengkek je....sorang lagi kena le diam. Biar je dia mengamuk sorang2...membebel sorang2...ikut je le apa je dia suruh buat. Kang tak ikut kita gak yang kena marah. Lama-lama dia penat dia ok le tu. Banyakkan bersabar dengan orang macam ni. Tu je petuanya.

Hehe....tp memang perit gak le nak sabar. Macam2 rasa ada....rasa nak sepak...nak terajang...nak stapler mulut dia suh berenti membebel.....Hmmm......sabar je le.



Adios

Sunday 30 October 2011

Berdikari VS Kebergantungan

Rindunya aku kat blog aku ni....tp nak wat camne...sibuk ngan blog bisnes...akhrnya blog ni dianaktirikan...hehe...

Sebut pasal anak tiri ni teringat aku yang family aku pun terdiri daripada anak2 tiri. Aku ada mama tiri...adik tiri....bapa tiri...haha...berapa banyak tiri daaa....Parent aku berpisah masa umur aku 4 bulan. Abah aku kawen lagi lepas tu...dapat 2 orang adik lelaki. Mak aku kawen lain dapat 3 adik ... 2 lelaki 1 perempuan. Then abah aku cerai lagi dan kawen lagi....dapat 2 adik...1 perempuan (dah meninggal kerana kanser buah pinggang) 1 lelaki. Mama tiri yang ni kekal sampai sekarang.



Bila sebut tiri ni....pertalian keluarga memang longgar....even aku ngan abang2 kandung aku pun tak berapa nak rapat...maklum le...kami terpisah sejak kecik. Aku ikut nenek belah mak, abang sulung aku ikut pakcik aku dan abang kedua aku dok ngan abah. Mak tiri pula....biasa le...nama lagi mak tiri....kadang ok...kadang tak ok...aku dok ngan abah pun masa umur aku dah 16 tahun sebab nenek aku meninggal. Sakit gak le jiwa masa tu. Bukan penderaan fizikal tapi penderaan emosi. Mak tiri aku tu pulak ada 2 anak. Nak kata perang mulut tak le tapi perang dingin. Tak bercakap walau dok serumah. Ada je tak kena. Tapi waktu tu aku memang sabar. Wat derk je le.


Aku memang diajar berdikari sejak kecik. Pi sekolah sendiri jalan kaki pukul 6.30 pagi lagi. Setengah jam jugak le nak sampai sekolah aku tu. Nenek aku berniaga...so dia tak leh nak hantar aku. Nak beli buku sekolah ke....pensil ke...aku kena kumpul duit sendiri sebab nenek aku hanya akan bagi 50 sen je wat belanja sekolah. Pandai-pandai aku le nak diapakan dengan duit 50 sen tu. Abang-abang aku pun sama. Berdikari sejak kecik. Pergi sekolah sendiri naik bas...balik sekolah masak sendiri. Dan kitaorang berjaya sehingga masuk Universiti pun sebab gigih berusaha sendiri. 

Bila dah berdikari ni....kita tak akan bergantung pada sesiapa....berusaha sendiri....mempunyai keyakinan yang tinggi....itu kelebihan dia...tapi yang buruknya....bila sikap berdikari tu tidak diselitkan dengan kasih sayang. Ibu bapa menyerahkan sepenuhnya kebebasan untuk membuat keputusan kepada anak tanpa ada tunjuk arah. Kalau anak tu jenis boleh berfikir secara positif dia akan gunakan kebebasan tu ke arah kebaikan tapi kalau jenis yang tak pandai berfikir...dia akan salah gunakan kebebasan tu. Macam yang kita dengar berita tiap hari kat tv, radio, suratkhabar tu....rempit...dadah...buang anak....Tali ikatan kekeluargaan 100% memang longgar.

Dalam kes aku....semua adik beradik aku ...tiri ke anak betul ke...sumer berjaya. Cuma yang tak berjayanya ialah dari segi hubungan adik beradik. Wujud istilah...kau...kau....aku...aku....Kau dengan urusan kau...aku dengan urusan aku. Aku tak akan masuk campur urusan kau. Kau tak boleh masuk urusan aku. Kalau ada sesiapa yang mempunyai masalah...itu kau punya pasal. Settlekan sendiri. Jangan libatkan aku. Jangan mitak tolong ngan aku. Lebih-lebih bila dah berkeluarga. Kau jaga family kau....aku jaga family aku. Sedih sebenarnya bila berhadapan dengan situasi begini. Sedih bila family kita tak macam family orang lain yang bahagia dan saling melengkapi, bantu membantu antara satu sama lain.


Tu kisah family aku yang menyerapkan elemen berdikari kat anak-anak. Lain pulak ngan family hubby aku.
Hubby aku berasal dari keluarga yang mempunyai ikatan kekeluargaan yang kuat. Mungkin sebab dia keturunan Jawa. Kata orang ....keturunan jawa ni mementingkan kekeluargaan. Aku tertarik dengan dia pun sebab aku tengok camana dia ngan family dia. Macam mana dia adik beradik ngan mak bapa dia. Sangat menghormati, sangat prihatin antara satu sama lain, saling bergantungan dan saling tolong menolong kalau ada yang susah. Ini jenis family yang aku impikan. Hanya sebab itu aku pilih dia + aku memang sayang dia le....walaupun masa tu dia hanya kerja dengan pendapatan tak seberapa. Bagi aku duit boleh dicari tapi hubungan kasih sayang tu yang penting.

Masa mula-mula kawen hidup aku ngan hubby memang agak susah. Waktu tu....family dia banyak tolong aku ngan hubby dari segi sokongan moral dan wang ringgit. Kira aku ngan hubby banyak bergantung ngan keluarga mentua le. Family aku? Hmm......adat family aku...bila dah kawen...ikatan keluarga bagai terputus...macam aku cakap tadi...kau jaga family kau....aku jaga family aku. Bab nak mitak tolong tak payah citer....wat sakit hati je. Takkan dilayan. Terutama bab wang ringgit. Takde maknanya diaorang nak tolong. Bukan nak memburukkan keluarga sendiri tapi memang itu le realitinya.


Dari satu sudut lain pasal family hubby aku ni plak....anak-anak memang ikut cakap mak. Tambah pulak mak ni jenis yang kalo dah cakap A.....mesti A nye....tak leh jadi B. Bab ni memang payah sket bagi aku. Tambah pulak aku ni jenis yang dah biasa berdikari....biasa buat keputusan sendiri. Mak dia akan tentukan hal-hal berkaitan anak2 dia dan dia pun berharap menantu2 pun akan ikut cakap dia macam anak2 dia. Haish...ni yang susah sebab kita pun ada pendapat kita sendiri. Kadang pendapat kita takkan diterimanya. Hubby aku ngan adik beradik dia bila mak bersuara memang takkan bantah punya walau perkara tu tak leh diterima. Hmm.... itu kekurangan elemen kebergantungan ni dalam institusi kekeluargaan. Anak-anak akan jadi tak mampu nak membuat keputusan sendiri. Mengharap orang lain buat keputusan.

Macam tu jugak antara aku ngan hubby. Kira kalau ada apa-apa masalah aku yang akan lebih cepat bertindak. Biasanya hubby aku akan biar je masalah tu sampai makin jadi kronik. Baru dia akan cari jalan penyelesaian yang mana aku gak yang kena settlekan.


Kadang aku pening gak memikirkan cara terbaik untuk diserapkan dalam asuhan anak-anak aku. Takut jadi macam aku ngan hubby. Buat masa sekarang aku mengajar kedua-duanya...mengajar mereka berdikari dan dalam masa yang sama mengajar mereka supaya saling sayang menyayang dan tolong menolong antara mereka. Aku ajar anak buat sendiri apa2 perkara yang dirasakan mereka boleh buat sendiri. Contohnya.....basuh kasut sendiri, kemas barang2 mainan sendiri. Dari segi bantu membantu pulak aku ajar mereka sama-sama tolong menolong buat sesuatu kerja contohnya....lepas makan....sama2 tolong kemas tempat makan. Hasilnya.....dah boleh nampak le sikit2. Kalau si kakak perlu bantuan si abang....si abang akan tolong. Begitu le sebaliknya. Harap2 mereka akan jadi anak-anak yang bijak berfikir dan melengkapi antara satu sama lain.


Adios

Sunday 16 October 2011

Sesaja Cerita

As Salam,

Lamanya tak update blog aku yg ni. Dah bersawang dah...sibuk sangat dengan blog yg satu lagi....Haaa...sebut psl blog lg satu aku nak citer yang aku ada satu lagi blog tau...namanya....meowartcorner.blogspot.com . Blog tu aku khaskan untuk bisnes aku. Bisnes apa? Bisnes buat kraf dengan kain felt. Macam2 le yang aku buat contohnya...wat bantal, keychain, Hp Case, klip rambut, head band dll....Aku jahit sendiri barang2 tu....pakai tangan...kira custom made le ni. Design boleh pilih sendiri nak design apa...kira aku tukang jahit je le. Tp kalo nak idea aku pun leh gak....sapa2 nak tempah boleh le tgk blog aku tu...Bukan apa...boring sesaja x buat apa...aku buat le benda ni. Leh gak wat tambah pendapatan terutama time ni aku tgh giler nak beli IPad ...nk beli Galaxy Tab....netbook n PSP....hehe....banyaknya nak beli. Target tu....Insya Allah tercapai kalo kuat berusaha. Dah terasa gatal2 tangan kanan ni...(org tua2 kata kalo gatal tangan kanan nak dapat rezeki)...betul tak aku tak tahu...Hanya Allah yg tahu...kalo betul Alhamdulillah...walau secara kebetulan...